fbpx

Polis buru pemandu rempuh SJR Pos Kawalan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekatan jalan raya (SJR) Pos Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Teluk Likas selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Alza kelmarin. -Foto Insan PDRM

KOTA KINABALU – Polis giat mengesan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza putih yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) Pos Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Teluk Likas kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.33 pagi itu, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah berhampiran tempat kejadian tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan terbabit dikesan berhenti di Pos Kawalan PKPD Taman Teluk Likas.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit tiba-tiba mengundurkan kereta sehingga terlanggar Perodua Myvi yang berada di belakangnya sewaktu anggota bertugas cuba mendekati untuk pemeriksaan.

“Pemandu itu kemudiannya terus bergerak ke depan dan melanggar pula penghadang jalan dan kawat berduri sebelum memecut ke arah Jalan Kuala Laut. Semua petugas dan pemandu kenderaan Myvi yang dilanggar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zaidi memaklumkan operasi mengesan individu berkenaan sedang giat dijalankan dan setakat ini polis masih gagal mengesan kenderaan berkaitan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana boleh menyebabkan kematian. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI