fbpx

Penduduk Pulau Redang terima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Seramai 1,270 penduduk Pulau Redang dekat sini menerima suntikan vaksin Covid-19 pada program Outreach Vaksinasi Covid-19 Sektor Pelancongan hari ini.

Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Faris Abdul Razak berkata, penerima tersebut turut merangkumi 517 pengusaha dan pekerja resort di pulau peranginan tersebut.

Beliau berkata, Pulang Redang merupakan destinasi ketiga destinasi pelancongan di negeri ini selepas Pulau Kapas, Marang dan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi program outreach vaksinasi berkenaan.

“Pulau Redang kini melalui fasa suram akibat ketiadaan pengunjung berikutan penularan Covid-19 yang merencatkan aktiviti pelancongan yang merupakan punca pendapatan penduduk.

“Harapan kita suntikan Covid-19 ini dapat menjadi persediaan bagi gelembung pelancongan,” katanya ditemui selepas memantau program Outreach Vaksinasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang dekat sini hari ini.

Program vaksinasi Covid-19 melibatkan pelbagai agensi termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berlangsung dua hari sehingga esok.

Ahmad Faris berharap program vaksinasi Covid-19 terhadap penduduk dan pemain industri pelancongan tersebut dapat menambah keyakinan kepada pelancong mengunjungi Pulau Redang bagi ia kembali dibenarkan kerajaan kelak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI