fbpx

Pemandu bas sekolah didakwa cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
K. Ravichandran mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Seorang pemandu bas sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun, dua tahun lalu.

Tertuduh, K. Ravichandran, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Dia didakwa mmencabul mangsa ketika dalam perjalanan dari sekolah ke rumah mangsa.

Bapa dua anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 1 hingga 1.25 tengah hari, 6 Ogos 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta diletakkan di bawah pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffi Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Datin K. Shamini.

Terdahulu, Mohd. Waffy menawarkan jaminan RM10,000, namun Shamini memohon jumlah dikurangkan kerana tertuduh merupakan penanggung tunggal dalam keluarga.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI