fbpx

PdP pelajar asasi, diploma mulai Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi pembelajaran secara dalam talian kini menjadi norma baharu bagi pelajar universiti ketika pandemik Covid-19. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar baharu program asasi dan diploma sesi akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KPT berkata, universiti awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan pelajar asasi dan diploma ke kampus secara fizikal bermula Oktober depan.

“Kemasukan pelajar tersebut juga boleh dipertimbangkan pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan universiti masing-masing,” katanya.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, para pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi bilik gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777.

Orang ramai juga boleh berbuat demikian dengan melayari laman web IPT atau terus menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI