fbpx

Ordinan Darurat boleh berkuat kuasa enam bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Bicara Pakar bertajuk Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan hari ini

SHAH ALAM – Tempoh pelaksanaan Ordinan Darurat yang dijadualkan sehinga 1 Ogos ini boleh berkuat kuasa selama enam bulan sekiranya tidak dibatalkan atau diungkai oleh Parlimen.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Shamrahayu Ab. Aziz berkata, perkara yang terbaik dilakukan oleh kerajaan pada masa ini adalah membentang dan membahaskan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 Julai lalu.

Menurut Shamrahayu, Ordinan Darurat mempunyai kelebihan iaitu dalam tempoh proklamasi darurat seperti pihak tentera boleh membantu dalam urusan sekatan jalan raya, pengambilan harta-harta pihak swasta untuk dijadikan sebagai tempat kuarantin serta pemindahan personel kesihatan yang tidak perlu menggunakan kuasa birokrasi.

“Paling terbaik kerajaan sekarang, ia (Ordinan Darurat) perlu dibahaskan. Kalau tidak dibahaskan, kita tidak tahu Parlimen ini hendak teruskan atau tidak Ordinan Darurat.

“Bila kita baca di laman media sosial, ramai yang kata tidak perlu Ordinan Darurat, jadi tidak ada masalah kalau kerajaan bahaskan. Ini yang kita hendak dengar apa yang ahli-ahli Parlimen hendak. Kalau ada yang sokong lagi hendak teruskan Ordinan Darurat, kita hendak dengar hujah mereka.

“Eloklah Parlimen teruskan perbahasan, jangan bimbang hilang undi,” katanya pada Program Bicara Pakar bertajuk Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan secara maya hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI