PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menafikan berita mengenai kemungkinan berlakunya tsunami di perairan negara terutamanya di Sabah ekoran kejadian gempa bumi bermagnitud 7.5 skala Richter pada petang semalam.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, mesej tular itu tersebar melalui sebuah laman web yang memaparkan maklumat amaran tsunami dikeluarkan oleh agensi luar negara.
“MetMalaysia menafikan kejadian tersebut berlaku di Sabah. Tempoh kejadian gempa bumi kuat tersebut telahpun melebihi 12 jam dan tiada ombak tsunami dikesan oleh peralatan pemantauan ombak tsunami hingga kini.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat atau video berkenaan kejadian gempa bumi atau tsunami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929