fbpx

Kejutan gandingan Yilyu-Dongping di gelanggang badminton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN China ini melakar kejutan menewaskan rakan senegaranya pada aksi final untuk meraih pingat emas. - AFP

TOKYO – Pasangan beregu campuran dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping mencipta kejutan apabila meraih pingat emas selepas menewaskan gandingan rakan senegara yang juga pasang No. 1 dunia, Zheng Siwei-Huang Yaqiong di pentas final sebentar tadi.

Pada aksi di Plaza Sukan Musashino itu, Yilyu-Dongping terpaksa mengharungi pertarungan sengit yang berlarutan hingga ke rubber-set sebelum menang dengan keputusan 21-17, 17-21, 21-19.

Sementara itu, pasangan beregu campuran dari Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino melengkapkan kedudukan podium dengan pingat gangsa selepas meraih kemenangan straight-set 21-17 23-21 ke atas wakil Hong Kong, Tang Chun Ma-Tse Ying Suet.

Kata Watanabe, kejayaan meraih pingat gangsa diharap dapat mengubati kekecewaan memandangkan sasaran awal yang diletakkan adalah untuk meraih pingat emas.

“Kami berdua sangat gembira dapat memenangi pingat emas temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo kali ini. Secara jujur, kekalahan semalam pada aksi separuh akhir kepada Yilyu-Dongping agak menjejaskan momentum kami.

“Namun, kami tetap berazam untuk menamatkan kempen kali ini dengan kilauan pingat walaupun gagal melangkah ke pentas final,” kata Watanabe yang menjadi atlet lelaki pertama Jepun meraih pingat dalam sejarah temasya Sukan Olimpik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI