PUTRAJAYA – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan JKKP Selangor diarahkan untuk memulakan siasatan segera berhubung insiden runtuhan perancah di Projek Projek Light Rail Transit Line 3 (LRT3) di Klang, Selangor semalam.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, siasatan komprehensif yang akan dijalankan turut membabitkan penglibatan Bahagian Kejuruteraan Forensik dan Bahagian Keselamatan Tapak Bina, JKKP Ibu Pejabat.
Menurutnya, ia bagi mengenal pasti punca kejadian serta menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
“Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja mahupun orang awam di tempat kerja yang berada di bawah kawalannya.
“KSM sentiasa memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes kemalangan membabitkan sektor pembinaan,” katanya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929