fbpx

Impian ‘Grand Slam Emas’ Djokovic lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC terpaksa melupakan impiannya untuk meraih 'Grand Slam Emas' selepas tunduk kepada Zverev sebentar tadi. - AFP

TOKYO – Impian pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic untuk mencipta sejarah meraih ‘Grand Slam Emas’ tidak kesampaian apabila tewas kepada jaguh Jerman, Alexander Zverev di peringkat separuh akhir temasya Sukan Olimpik 2020 sebentar tadi.

Pada aksi penuh dramatik itu, Zverev yang diletakkan selaku pilihan keempat kejohanan mempamerkan kebangkitan untuk menyingkirkan Djokovic dengan keputusan 1-6, 6-3, 6-1.

Keputusan tersebut menyaksikan Zverev menempah tiket final menentang Karen Khachanov pada Ahad ini selepas jaguh Rusia itu terlebih dahulu mara selepas menewaskan Pablo Carreno Busta 6-3, 6-3.

Djokovic sebelum ini sememangnya berhasrat untuk menyamai rekod Stefi Graf dalam meraih pingat emas Sukan Olimpik selain mendominasi empat kejohanan bertaraf Grand Slam musim ini.

Namun, atlet kelahiran Serbia itu gagal melaksanakan hasrat tersebut selepas mendominasi tiga kejohanan Grand Slam pada tahun ini iaitu Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Kejuaraan Wimbledon.

Djokovic yang sudah meraih 20 kejuaraan Grand Slam akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi satu lagi kejohanan berprestij, Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada penghujung bulan depan.

Atlet berusia 34 tahun itu berpeluang untuk memecah rekod pemenang Grand Slam terbanyak sepanjang zaman selepas berkongsi kedudukan tersebut bersama Rafael Nadal dan Roger Federer ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI