fbpx

Dhabitah layak, Wendy pulang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHABITAH berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir acara 3m papan anjal sebentar tadi. - AFP

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri meloloskan diri ke pusingan separuh akhir dalam acara 3 meter papan anjal pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menamatkan aksi kelayakan di tempat ke-10 sebentar tadi.

Pada saingan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu, Dhabitah menampilkan aksi memberangsangkan apabila mengumpul 291.60 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Sebagai rekod, hanya 18 daripada 27 penerjun yang beraksi dalam pusingan kelayakan akan melayakkan diri ke saingan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung esok.

Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee gagal untuk meneruskan kemaraan apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ke-20 dengan 251.95 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI