fbpx

‘Black Widow’ saman Disney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCARLETT Johansson mendakwa Black Widow gagal menyerlah dari segi kutipan box office (pecah panggung) disebabkan tayangan serentak menerusi platform Disney+.

AKTRES Scarlett Johansson menyaman syarikat korporasi media dan hiburan terkemuka dunia, Disney berhubung penayangan filem lakonannya Black Widow secara serentak di pawagam dan platform penstriman tersebut.

Perkara tersebut sekali gus melanggar kontrak awal perjanjian antara Johansson dan gergasi perfileman itu yang menyebabkan kutipan ‘lemah’ filem adiwira berkenaan di pawagam.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Disney memaklumkan, tiada manfaat pun saman berkenaan dilakukan memandangkan dunia sekarang terus terhimpit permasalahan pandemik Covid-19.

“Tidak ada manfaat apa pun untuk saman ini. Tuntutan mahkamah oleh pihaknya sangat menyedihkan dan menyukarkan keadaaan yang tidak menghiraukan kesan global mengerikan dan berpanjangan disebabkan pandemik Covid-19.

“Pihak kami telah memenuhi kehendak kontrak Johansson dan bukan itu sahaja, tayangan Black Widow di Disney+ melalui ‘akses premier’ telah meningkatkan keupayaannya memperoleh pampasan tambahan melebihi AS$20 juta (RM82 juta) yang diterimanya sehingga kini,” ujar jurucakap berkenaan.

BLACK Widow ditayangkan di seluruh dunia pada 29 Jun lalu dalam platform Disney+ dan menerusi pawagam biarpun dihimpit permasalahan Covid-19 dan perihal itu membuatkan Johansson mengambil tindakan undang-undang.

Tuntutan mahkamah pihak Johansson yang difailkan di Mahkamah Sivil Atasan Los Angeles antara lain menyatakan, filem arahan sutradara Cate Shortland berkenaan telah dijanjikan tayangan pawagam besar-besaran ketika Johansson menandatangani kontrak perjanjian dengan Marvel.

Menurut dakwaan, Disney telah melanggar kontrak perjanjian demi keuntungannya sendiri.

Menurut dakwaan Johansson, Black Widow gagal menyerlah dari segi kutipan box office (pecah panggung) disebabkan tayangan serentak menerusi platform Disney+.

Biarpun mencatat kutipan tertinggi di pawagam untuk filem debut Marvel pasca era pandemik Covid-19, iaitu AS$80 juta (RM336 juta), kutipan tersebut masih rendah buat sebuah filem Marvel Cinematic Universe (MCU).

Sehingga kini, Black Widow sudah mencatat kutipan sebanyak AS$318 juta (RM1.2 billion) termasuk kutipan menerusi tayangan di Disney+.

Untuk rekod, filem MCU yang balik berjaya dari segi kutipan panggung ialah Avengers: Endgame dengan catatan menghampiri AS$2.8 juta (RM11.8 juta) – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI