fbpx

Ashraf Muslim dapat solat Jumaat selepas berbulan mendaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHRAF MUSLIM berkongsi keterujaan dapat menunaikan solat Jumaat hari ini.

PETALING JAYA – Pelakon Ashraf Muslim berkongsi berita gembira apabila dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini selepas mendaftar sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ashraf, 40, berkata, peluang yang diberikan kepadanya itu tidak sesekali akan dipersia-siakan, lebih-lebih lagi kerana sudah lama tidak dapat menunaikan solat Jumaat.

“Alhamdulilah, semalam saya dapat panggilan jemputan untuk menunaikan solat Jumaat hari ini. Saya bersyukur sangat sebab ini yang saya nantikan.

“Itu pun selepas mendaftar berbulan-bulan untuk solat Jumaat. Peluang diberikan ini tidak saya lepaskan apatah lagi saya sudah rindu solat jemaah di masjid,” katanya.

Pada masa sama, pemilik nama lengkap Muhd. Ashraf Muslim itu turut menyatakan bahawa dia berasa sungguh seronok dan tenang apabila berpeluang untuk menunaikan ibadah di masjid.

“Allah Maha Besar, syukur. Siapa yang belum mendaftar untuk solat Jumaat di masjid pergilah daftar. Kita tak tahu rezeki kita macam mana nanti. Insya-Allah, Allah akan permudahkan. Kita hanya perlu buat ialah usaha, sabar dan berdoa selalu,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Ashraf turut berkongsi amalan sunat yang boleh dilakukan jika datang awal di masjid seperti membaca al-Quran dan melakukan solat sunat sebanyak yang mungkin.

Sekadar info, menerusi semakan dalam laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara, jumlah Jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid zon sekitar Kuala Lumpur seramai 100 orang manakala untuk negeri Selangor ialah 40 orang jemaah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI