fbpx

Ashira positif Covid-19, lebih risaukan suami, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHIRA kini disahkan positif Covid-19 semalam.

PETALING JAYA – Diserang demam dan sesak nafas sejak empat hari lalu, penyanyi Ashira Aziz akhirnya didapati positif Covid-19.

Ashira atau nama sebenar, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, berkata disebabkan keadaan kesihatannya tidak menentu sejak beberapa hari lalu dia membuat keputusa untuk menjalani ujian calitan Covid-19 dan jawapannya bukan sesuatu yang diingini.

“Saya mula mengalami simptom seperti masalah gatal tekak, batuk kering dan sakit dada selain badan bisa-bisa sejak empat hari lalu.

“Malam semalam ula sesak nafas sebab kedua-dua hidung tersumbat. Demam. Akhirnya saya disahkan positif,” kata penyanyi berusia 36 tahun itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Di Ombak Resah itu menganggap apa yang berlaku kepadanya sebagai sebahagian daripada ujian Allah.

Malah Ashira lebih bimbangkan keadaan bapa, Syed Abdul Aziz Syed Alwi serta ibu tirinya yang lebih dulu dijangkiti wabak berkenaan beberapa hari lalu.

Pada sama, dia turut risau sekiranya ahli keluarga, terutama suaminya yang menghidap penyakit kencing manis, Bad Indigo atau Badrul Izhar Yeop dan anak-anak turut dijangkiti Covid-19.

“Doakan Bad dan anak-anak dijauhkan daripada wabak ini dan doakan saya serta keluarga diberi kesembuhan,” kata penyanyi itu lagi.

Ashira yang menpunyai seorang anak menerusi perkahwinan terdahulu, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, menikahni Bad pada 11 Mac tahun lalu.

Anggota kumpulan Indigo itu yang kini mencecah usia 46 tahun turut memiliki cahaya mata hasil pernikahan lalu iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.

Disebabkan penyakit diabetes, pada Mei lalu Bad menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki sebelah kiri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 9 Mei lalu.

Sebelum itu, impak gangren turut menyebabkan satu jari kaki sebelah kiri terpaksa dipotong sebelum Ramadan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI