fbpx

Amelia teruja jadi sukarelawan di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amelia Handerson

PETALING JAYA – Pelakon cantik Amelia Henderson ­me­­n­yimpan kemas hal peribadi, sebaliknya mahu fokus terhadap kerjaya seni serta misi sukarelawan yang disertainya sepanjang musim pandemik.

Kata pemilik nama sebenar, Amelia Thripura Henderson itu, buat masa ini dia hanya mengutamakan kesejahteraan diri dan keluarga selain sama-sama berkhidmat membantu masyarakat yang memerlukan.

“Dalam situasi negara sekarang, saya juga fokus terhadap perkara penting sahaja iaitu utamakan kesejahteraan diri dan keluarga selain membantu mereka­ yang memerlukan,” katanya.

Lengkap dengan pakej jelita, kemunculan pelakon berdarah campuran India-Scotland itu sebenarnya menjadi perhatian ramai apatah lagi statusnya yang kembali solo sejak tiga tahun lalu.

Teruja berkongsi kisahnya menjadi sebahagian daripada petugas sukareka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, pelakon yang popular menerusi drama Pengantin Satu Malam itu berkata, peluang diberikan mahu digunakan sebaik mungkin untuk meraih pengalaman baharu.

“Melihat senario masa kini dengan sebahagian besar anggota masyarakat yang dihimpit pelbagai kesulitan, saya terpanggil untuk meringankan beban dengan menjadi sukarelawan.

“Sekarang ini pun, saya sama seperti pekerja dalam sektor lain, banyak kerja penggambaran tertangguh. Daripada mensia-siakan masa senggang, lebih baik saya memanfaatkannya di pusat PPV.

“Bukan saja berpeluang melihat sendiri keadaan dan mensyu­kuri nikmat merasai 1,001 pe­ngalaman, sekurang-kurangnya kita dapat berbakti,” katanya dalam satu sidang media virtual drama bersiri terbaharu berjudul Cik Ayu Mee Sanggul, kelmarin.

Terdahulu, selain Amelia, 26, beberapa personaliti popular lain juga berkhidmat di pusat PPV sama iaitu Fizo Omar, Daiyan Trisya dan Mimi Lana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI