fbpx

Amar Baharin tawar diri jadi yang pertama disuntik ‘booster’ Sinovac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMAR BAHRIN tawar diri kepada Khairy Jamaluddin untuk jadi 'uji kaji' suntik dos ketiga vaksin Sinovac.

PETALING JAYA – “Izinkan saya menjadi penerima pertama untuk mencuba suntikan dos penggalak (booster) ini.”

Demikian tulis pelakon, Amar Baharin yang menawarkan kesediaannya kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, untuk menjadi penerima pertama suntikan vaksin ketiga Sinovac.

Amar atau nama lengkapnya, Amar Mohd. Baharin memaklumkan, dia bersedia untuk disuntik dos penggalak (booster) selepas enam hingga lapan bulan mendapatkan dos kedua seperti digalakkan penyelidikan atau kajian bekerkesanan vaksin.

TAWARAN terbuka Amar untuk menjadi penerima vaksin ketiga Sinovac diluahkan menerusi Instagramnya.

“Selepas enam ke lapan bulan daripasa dos kedua.

“Dengan izin Allah kalau diberi kesihatan yang baik,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram miliknya seraya menyertakan keratan artikel menyatakan dos ketiga mampu meningkatkan sistem imun badan terutama terhadap virus Covid-19.

Hasrat bapa kepada dua cahaya mata itu mendapat reaksi pelbagai daripada pengikutnya dalam ruangan komen status berkenaan.

“Kita ini jadi bahan uji kaji atau bagaimana? Pelik betul,” tulis seorang pengguna Instagram.

Dalam pada itu, seorang netizen lain sebaliknya berlapang dada dengan hasrat yang dikemukakan Amar.

“Saya tak kisah untuk mendapatkan suntikan ketiga kalau itu yang terbaik. Kita usaha, selebihnya kita bersandarkan pada Allah SWT. Semoga usaha kita ini mendapat reda-Nya,” tulisnya.

Jelas suami kepada Amyra Rosli itu, dia bersedia dan perlu untuk mendapatkan suntikan vaksin ketiga tersebut kerana mempunyai anak-anak kecil yang dikhuatiri terdedah dengan wabak maut tersebut.

Terdahulu, sekitar Jun lalu, Khairy berkata, kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes Covid-19 yang melibatkan varian Delta dan keperluan suntikan ketiga vaksin.

Terbaharu, pelaksanaan dos ketiga (booster) dan vaksin ‘heterologous’ (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas dimuktamadkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI