fbpx

80 kilogram daun ketum dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 80 kilogram daun ketum dirampas dalam kenderaan pacuan empat roda kelmarin. -Foto:, Ihsan PDRM

KENINGAU – Tindakan seorang lelaki menyalahgunakan kebenaran rentas daerah bagi tujuan perniagaan demi membawa daun ketum membawa padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Kilometer 7, Jalan Tambunan – Kota Kinabalu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pasukan bertugas membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu bertindak menahan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu suspek berusia lingkungan 30 tahun dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan dipandu suspek menemui 10 bungkusan plastik warna hitam yang berisi daun ketum di bahagian belakang.

“Siasatan awal mendapati, suspek dalam perjalanan pulang ke Ranau selepas memperoleh bekalan daun ketum dari Tenom. Suspek juga didapati menyalahgunakan surat rentas daerah bagi tujuan lain.

“Daun ketum seberat 80 kilogram yang diperoleh itu diproses menjadi air ketum sebelum diedarkan di Ranau. Suspek dipercayai menjalankan kegiatan ini sejak awal tahun ini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Shahrudin berkata, suspek warga tempatan itu direman selama empat hari mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1852 kerana memiliki daun ketum yang mengandungi Mitragynine yang boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI