fbpx

Zii Jia terkandas disekat Chen Long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada Chen Long pada aksi pusingan 16 terbaik sebentar tadi. - AFP

LANGKAH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 menemui noktah selepas akur dengan kekalahan 21-8, 19-21, 5-21 kepada juara bertahan dari China, Chen Long sebentar tadi.

Pada aksi pusingan kalah mati yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, Chen Long nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menampilkan aksi cukup berkualiti dalam tiga set permainan itu.

Meskipun gagal mengiringi kemaraan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke pusingan seterusnya, namun aksi Zii Jia wajar dipuji kerana sudah menunjukkan prestasi terbaik pada penampilan sulungnya di Olimpik.

Menerusi kemenangan itu, Chen Long akan membuat perhitungan dengan pemain No.4 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen yang sedang menanti di peringkat suku akhir selepas menjuarai saingan Kumpulan P. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI