fbpx

Wanita obses miliki saiz pinggang ‘kerengga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ukur lilit pinggang Ky hanya 46 sentimeter. -Oddity Central

WASHINGTON – Seorang wanita mengakui hanya makan sekali sahaja dalam sehari dan memakai bengkung demi mendapatkan bentuk tubuh seperti kerengga, lapor laman berita  Oddity Central kelmarin.

An Ky yang berasal dari Vietnam dan kini menjadi penari sambilan di Amerika Syarikat (AS), memiliki ukur lilit pinggang bersaiz 46 sentimeter.

Bentuk tubuh Ky mula disedari oleh seorang penghibur Vietnam, Thuy Nga dalam satu lawatannya ke AS pada musim sejuk tahun lalu.

Nga terkejut melihat saiz pinggang Ky yang sangat kecil dan dimaklumkan bahawa wanita itu memakai bengkung hampir setiap masa dan hanya menanggalkan pada waktu malam. 

Semasa berusia 18 tahun, Ky memiliki berat 50 kilogram dengan saiz pinggang 60 sentimeter dan kini pada usianya 26 tahun, dia memiliki berat 37 kilogram dengan ukur lilit pinggang 46 sentimeter.

Bagi mendapatkan saiz pinggang yang sangat kecil, Ky hanya makan sekali sehari dan berhenti makan makanan berkanji dua tahun lalu.

Ky berkata dia tidak bimbang terhadap kesan tindakan itu terhadap kesihatannya kerana dia makan banyak buah, sayur dan dada ayam untuk mendapatkan tenaga.

Ukur lilit pinggang yang terlalu kecil menyebabkan Ky terpaksa mengecilkan bahagian pinggang pada semua seluarnya. -Oddity Central

Ky bagaimanapun mengaku saiz pinggangnya yang terlampau kecil menyebabkan dia sukar mencari saiz seluar dan terpaksa mengecilkan bahagian pinggang yang kosnya kadangkalanya lebih mahal berbanding harga seluar itu sendiri. 

Video Nga dimuat naik pada Januari lalu namun hanya tular selepas foto tangkap layar saiz pinggang Ky menjadi tular di media sosial. 

Rata-rata komen yang diterima adalah berbaur negatif dengan netizen menggelar pinggang itu nampak tidak asli dan ada juga yang turut memberi amaran bahawa pemakaian bengkung yang sangat ketat boleh memberikan kesan kepada organ dalaman untuk jangka masa yang panjang. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI