fbpx

Tun Mahathir mahu PM letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota Kabinet meletakkan jawatan dan menyifatkan beliau membohongi Parlimen berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.

Beliau berkata, pengumuman tersebut dibuat seolah-olah Muhyiddin mempunyai kuasa membatalkan Ordinan Darurat, sedangkan kuasa mengenainya tertakluk pada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh darurat.

“Meskipun Muhyiddin tidak mengumumkan pembatalan perkara itu pada Isnin lalu dan ia dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Muhyiddin tidak boleh melepaskan tanggungjawab beliau.

“Beliau tidak berusaha memperbaiki atau menghentikan Takiyuddin ketika pengumuman itu dibuat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu turut menambah, Muhyiddin juga tidak memberi penjelasan pada hari-hari berikutnya berhubung pengumuman berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI