KUALA LUMPUR – Tindakan sesetengah majikan menghantar pekerja tidak mengikut janji temu bagi mendapatkan vaksinasi dipercayai menjadi punca berlakunya kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut mengesahkan rakaman keadaan di PPV berkenaan yang tular di laman sosial sejak semalam.
“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan dihantar ke PPV KLCC.
“Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, satu rakaman berdurasi 26 saat tular di laman sosial sejak semalam memaparkan ribuan warga asing berbaris panjang bagi memasuki PPV KLCC. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929