BEIJING – Seorang lelaki di Xianghua, wilayah Jiangsu, telah memasukkan seekor belut berukuran 20 sentimeter ke dalam alat sulitnya bagi mengubati masalah sembelit yang dialaminya, lapor Globaltimes, baru-baru ini.
Tindakan nekad lelaki itu akibat terlalu mempercayai cara perubatan tradisional yang kononnya belut dalam anu boleh melegakan masalah sembelit.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mangsa yang bertarung dengan kesakitan serius apabila belut tersebut berenang ke bahagian abdomennya dan mula menggigit usus di dalam.
Mangsa menahan sakit selama 24 jam sebelum ke hospital kerana terlalu malu untuk mengakui tindakannya kepada kepada doktor.
Doktor menjalankan pembedahan ke atas mangsa memberitahu dia hampir kehilangan nyawa kerana kerana bakteria yang dibawa oleh belut di usus besar boleh menyebabkan hemolisis ketika sampai ke rongga perut.
Belut tersebut masih hidup ketika dikeluarkan oleh doktor. Kes ini bukanlah kali pertama berlaku dalam kalangan penduduk China yang sangat mempercayai perubatan tradisional seperti ini. – Agensi