fbpx

Sultan Selangor gesa imam, siak dan jurunikah divaksin segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin bersama Anhar (kanan) dan Miszairi (kiri) di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini. /FOTO FACEBOOK SELANGOR ROYAL OFFICE

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ( JKNS) supaya mempercepatkan proses vaksinasi Covid-19 kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Baginda bertitah ini meliputi imam, bilal dan siak serta jurunikah di seluruh negeri ini sebagai persediaan awal bagi membolehkan masjid dan surau dibuka untuk lebih ramai jemaah.

“Ini khususnya bagi menunaikan Solat Jumaat, bergantung kepada perkembangan terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Beta berpandangan adalah penting untuk imam, bilal dan siak serta jurunikah ini diberi keutamaan memperoleh vaksin Covid-19 secepat mungkin sebagai perlindungan kerana tugas mereka terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi,” titah baginda menerusi laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan berangkat mengurniakan watikah pelantikan baharu kepada Mufti Selangor dan timbalannya di Istana Bukit Kayangan di sini.

Datuk Dr. Anhar Ophir kini secara rasminya dilantik sebagai Mufti Selangor berkuat kuasa 21 Mei lalu.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor sejak tahun 2016.

Sementara, Timbalan Mufti Selangor pula diambil alih oleh Prof. Madya Dr. Miszairi Sitiris. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI