fbpx

Soniia terpaksa akur tinggalkan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONIIA akur tewas kepada Ratchanok sekali gus gagal ke pusingan kalah mati pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AFP

PEMAIN perseorangan wani­ta negara, Soniia Cheah Su Ya tidak perlu terlalu meletakkan dirinya dalam kekecewaan, sebaliknya mampu berbangga meskipun gagal ke pusingan kalah mati pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Soniia, 28, hampir-hampir berjaya melakar kejutan ke atas pemain No. 6 dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon sebelum akhirnya akur tewas 21-19, 18-21, 10-21 kepada pilihan keenam di Musashino Forest Sports Plaza semalam.

Pemain negara di ranking ke-32 dunia itu tidak mudah mengalah dan kerap kali bangkit mengejar kedudukan Ratchanok walaupun pada satu ketika ketinggalan lapan hingga sembilan mata selain terpaksa menerima rawatan di luar gelanggang.

Soniia menyifatkan kegagalannya untuk cepat menyesuaikan diri dengan arah angin sewaktu set kedua menjadi punca dia melepaskan banyak mata mudah kepada Ratchanok.

“Strategi saya berjaya menyaingi kelajuan Ratchanok semasa set pertama sebelum saya lambat biasakan diri dengan arah angin yang berbeza pada set kedua.

“Sebab itu saya mudah bagi mata kepada Ratchanok tetapi saya bangkit mengejar apabila sudah dapat menyesuaikan diri. Namun, Ratchanok mendapat pukulan tuah yang seterusnya hingga mengubah perlawanan,” kata Soniia yang pernah berdepan beberapa siri kecederaan achilles tendon hingga terpaksa melakukan empat siri pembedahan.

Soniia memohon maaf atas kekalahan itu, namun bertekad untuk terus berjuang jika tahap dan keadaan fizikalnya mengizinkan dia sehingga ke edisi Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI