fbpx

Sidang Dewan Rakyat perlu dipendekkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan  tempoh persidangan Dewan Rakyat dipendekkan dan jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan berikutan situasi semasa Covid-19 dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu telah dicadangkan semasa Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat berikutan Penularan Wabak Covid-19 pada Isnin lalu.

Beliau berkata, sebanyak 56 kes positif Covid-19 dikesan dalam saringan bermula dari 21 hingga 25 Julai lalu membabitkan 2,093 individu yang menghadiri dan terlibat dalam persidangan itu.

“Kes positif melibatkan dua Ahli Parlimen, enam pegawai pengiring, 48 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan. Ia menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus.

“Dari 56 kes yang positif ini, 39 daripada adalah mereka yang belum menerima dos vaksin lengkap atau belum menerima vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, individu disahkan positif tidak dibenarkan hadir ke sidang Parlimen dan mereka diasingkan, dirawat dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk kepada kontak rapat kes positif tersebut sebelum bermulanya Sidang Mesyuarat Khas Parlimen.

Menurutnya lagi, pihaknya mengesan empat kontak rapat yang turut disahkan positif, namun tidak hadir sejak hari pertama persidangan berlangsung selain sedang dalam tindakan susulan oleh pihak kesihatan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI