MANCHESTER – Pengurus Derby County, Wayne Rooney tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden gambarnya di sebuah hotel bersama beberapa orang wanita yang tular di media sosial.
Gambar tersebut memaparkan Rooney tidur di sebuah kerusi di hotel ditemani tiga wanita muda iaitu iaitu model Snapchat Tayler Ryan, Elise Melvin dan Brooke Morgan baru-baru ini.
Bagaimanapun, gambar bekas penyerang Manchester United dan England itu langsung tidak menunjukkan sebarang aksi tidak senonoh namun, beliau enggan isu tersebut terus berpanjangan dan tampil membuat permohonan maaf itu secara terbuka.
“Saya melakukan kesilapan, saya pergi ke sebuah parti bersama dua lagi rakan.
“Saya ingin meminta maaf kepada keluarga saya serta kelab (Derby Country) susualan insiden tersebarnya gambar itu.
“Saya ingin memandang ke hadapan, Saya bersyukur Derby Country memberikan saya peluang untuk membawa pasukan ini mara lebih jauh, saya akan berusaha sedaya upaya untuk melakukannya,” katanya selepas perlawanan pramusim antara Derby County menentang Real Betis awal pagi tadi.
Ketika ditanya sama ada penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England itu merupakan mangsa keadaan, beliau memberitahu tidak mahu lagi memikirkan mengenai insiden tersebut.
“Saya tidak mahu insiden itu berulang lagi, perkara itu sudah diselesaikan, saya juga ingin memandang ke hadapan dan bersedia untuk perlawanan seterusnya Ahad ini bersama pasukan ini,” jelasnya. – AGENSI