fbpx

Remaja tabah hidap sakit kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazizah (kanan) dan Zamrut (kiri) melihat keadaan Nur Amira ketika ditemui di rumahnya di Ladang Getah Malaysia, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri di perumahan Ladang Getah Malaysia (LGM) di sini bersyukur usaha dan sikap positif mereka dalam membantu Nur Amira Zamrut, 18, yang menghidap kanser membuahkan hasil.

Hazizah Muhammad, 56, berkata, anaknya, Nur Amira disahkan menghidap kanser rahim ketika berusia 16 tahun dan kea­daannya kesihatan semakin teruk­ selepas menjalani kemoterapi.

Menurutnya, pada awalnya doktor mengesan anaknya hanya sakit perut sebelum disahkan kanser dan telah menjalani tiga kali pembedahan melibatkan pemotongan usus kiri dan kanan.

“Selepas kemoterapi Amira ber­ada dalam keadaan lemah dan kritikal selain doktor me­minta kami membawa dia pulang.

“Dia tidak boleh bercakap, makan menggunakan tiub dan bergantung kepada susu khas selain lumpuh sebelah kanan badan,” katanya di sini semalam.

Bercerita lanjut Hazizah berkata, dia dan suami tidak berputus asa dalam mendapatkan rawatan buat anaknya sehingga menunjukkan perubahan positif.

Katanya, pelbagai kaedah ra­watan diusahakan bersama suami Zamrut Bador, 54, sebagai ikhtiar mengubati anaknya termasuk perubatan alternatif.

“Alhamdulillah jika dahulu doktor maklum anak sudah tiada harapan, namun syukur kerana kami dapat melihat sedikit perubahan positif apabila dia tidak lagi makan menggunakan tiub dan sudah boleh bercakap meskipun percakapannya masih pelat.

“Kini Nur Amira menjalani fisio­terapi di hospital,” katanya.

Jelasnya, dia dan suami bersyu­kur kerana anaknya me­nerima bantuan bulanan daripada Baitulmal sebanyak RM500 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.

“Kos perubatan Nur Amira lebih RM1,500 sebulan dan kami bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pe­ngawal keselamatan,” katanya.

Orang ramai yang mahu memberikan bantuan boleh salurkan ke akaun Zamrut Bador, CIMB 01150077222525 atau boleh hubungi di talian 011-133 4002.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI