fbpx

Pembantu penguat kuasa JPJ dituduh rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Nurhuraimee (kiri) dituduh atas lima pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang Pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan rasuah berjumlah RM1,600 pada 2019.

Tertuduh, Mohd. Nurhuraimee Yahaya, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Tertuduh yang bertugas di Stesen Penguat Kuasa JPJ Kuala Ketil dekat sini didakwa menerima wang RM300 hingga RM400 dalam lima kejadian berasingan di sebuah bank di Kuala Muda dekat sini pada 20 Januari 2018 hingga 9 Jun 2018.

Dia didakwa menerima wang itu daripada seorang lelaki berusia 44 tahun dengan tiada balasan melalui akaun bank milik individu lain.

Mohd Nurhuraimee didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengetahui lelaki terbabit mempunyai hubungan rasmi dengan jawatannya sebagai seorang pembantu penguat kuasa JPJ.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kosmo! pada 17 Mac lalu melaporkan tembelang 32 pegawai JPJ menerima sogokan berjumlah RM1.64 juta sejak 2019 untuk melindungi lori yang melanggar syarat terbongkar apabila kesemua mereka diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam operasi besar-besaran di lima negeri.

Suspek-suspek daripada Gred 17 hingga 48 berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun itu diberkas dalam Ops Sukat di Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI