fbpx

Menu tauhu ‘pocong’ tular di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menu tauhu pocong pada awalnya popular di Bandung namun kini sudah boleh dijumpai di beberapa kawasan sekitar. - AyoBandung.com

JAKARTA – Satu menu masakan dari Indonesia iaitu tauhu pocong kini tular kerana rasanya yang enak dan boleh membuatkan pemakannya ketagih, lapor laman Ayo Bandung semalam.

Tauhu pocong merupakan menu tauhu bersaiz besar dengan diisi inti daging atau sayur yang telah diperap dahulu dengan sos  pedas.

Ia kemudian akan disalut dengan lapisan tepung gandum dan digoreng sehingga rangup.

Ia cukup popular di Bandung, Jawa Barat dan boleh juga dijumpai di beberapa kawasan lain di Bandung Barat.

Salah seorang pemilik gerai menjual tauhu pocong yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata tauhu pocong kini sudah semakin popular dan boleh dijumpai di daerah Lembang dan kawasan sekitarnya.

“Tauhu pocong ini sudah ada sejak tahun 2015 di daerah Garut. Memandangkan di daerah Lembang ia belum popular, jadi saya menjualnya di sini (Lembang),” katanya.

Berbeza dengan tauhu pocong yang lain, tahu pocong di gerai Ahmad menggunakan jenama dan resipinya sendiri.

Sekeping menu tauhu pocong dijual pada harga 3000 rupiah (RM0.90). -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI