fbpx

Khidmat van jenazah percuma mohon sumbangan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyedia perkhidmatan Van Jenazah Johor Bahru Percuma memohon sumbangan awam untuk meneruskan perkhidmatan membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor memohon sumbangan orang ramai bagi membantu mereka terus menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah Muslim di negeri ini secara percuma.

Pengerusinya, Zulnizam Zainal Abidin, 36, memberitahu, perkhidmatan yang disediakan dibawah nama Van Jenazah Johor Bahru Percuma itu telah dimulakan sejak empat tahun lalu.

Katanya, inisiatif berkenaan dimulakan beliau dan sekumpulan rakan-rakan bagi membantu meringankan beban waris khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Sebelum pandemik Covid-19 melanda, kebiasaannya kami menerima sekitar 20 permohonan sebulan, namun sejak baru-baru ini jumlah itu semakin meningkat, termasuklah jenazah pesakit Covid-19.

“Beberapa bulan kebelakangan ini, setiap hari kami menguruskan antara tiga atau empat jenazah sehari dan kami kekurangan dana untuk menerima permintaan pelbagai pihak, sama ada pihak hospital mahupun keluarga waris sendiri.

“Sehubungan itu, kami mohon sumbangan orang awam untuk sama-sama membantu menyediakan perkhidmatan ini buat keluarga yang kurang berkemampuan menguruskan jenazah ahli keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mana-mana pihak yang sudi menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank RHB atas nama Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor (25118800007519). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI