fbpx

Kesal putuskan hubungan selepas bekas kekasih menang pingat Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas teman wanita Wilde (kanan) mengaku menyesal meninggalkan Wilde (kiri) selepas melihat kemenangan lelaki itu di Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo. -EPA/WU Hong

WELLINGTON – Bekas teman wanita kepada pemenang pingat gangsa bagi acara triathlon Sukan Olimpik Tokyo 2020, Hayden Wilde mengaku dia menyesal kerana memutuskan hubungan dengan lelaki itu, lapor akhbar New York Post semalam.

“Saya menyesal memutuskan hubungan dengan awak (Wilde).

“Saya sangat bangga dengannya. Segala kerja keras yang dilakukan Wilde untuk sampai ke tahap itu sangat mengagumkan,” kata wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu menerusi siaran langsung stesen berita tempatan, 1 News.

Wanita tersebut ditemu bual ketika meraikan kemenangan Wilde bersama keluarga dan ahli keluarga atlet itu.

Wilde berlari dan berbasikal untuk memenangi pingat gangsa dengan catatan masa 1jam 45 minit dan 24 saat walaupun dia berada pada kedudukan ke-37 ketika acara pembukaan.

Ketika pemenang pingat gangsa itu ditanya tentang perkara pertama yang ingin dilakukannya selepas berjaya memenangi pingat, dia terus membuat pengumuman tentang statusnya yang sedang berpacaran.

“Saya rasa saya akan menghubungi teman wanita yang ketika ini berada di Sepanyol. Dia bangun pada awal pagi untuk menyaksikan perlumbaan,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI