fbpx

Kes pertama varian Delta dikesan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Kes pertama positif Covid-19 melibatkan varian Delta dikesan di negeri ini pada Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, kes itu disahkan menerusi keputusan kajian yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada semalam.

“Perkembangan ini amat membimbangkan kerana varian Delta boleh merebak dengan lebih pantas melalui udara.

“Sehubungan itu, kita sedang menunggu keputusan ujian gemon bagi mendapatkan kepastian varian-varian (Covid-19) yang sedang menular di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Setakat ini, Terengganu merekodkan sebanyak 2,357 kes aktif termasuk 490 kes yang dicatatkan semalam.

Sehubungan itu, Alias menasihatkan penduduk negeri ini agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak daripada dijangkiti Covid-19 melibatkan varian baharu tersebut.

Rakyat Terengganu turut dinasihatkan agar membataskan pergerakan keluar rumah kecuali urusan penting dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI