fbpx

Kejora sumbang RM500,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Zakaria (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM500,000 kepada Hasni untuk Tabung Bencana Negeri Johor di Pejabat Menteri Besar semalam.

PETALING JAYA – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) terus komited menyokong usaha mendepani dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan menyumbang RM500,000 ke Tabung Bencana Negeri Johor.

Majlis Penyampaian Replika Cek Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Kejora, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Pejabat Menteri Besar Johor semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Samsolbari Jamali; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Datuk Mohd. Noh Ibrahim; Pengurus Besar Kejora, A. Jalil Md. Arsad dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Kejora, Daud Abd. Rahman.

Che Zakaria berkata, sumbangan berkenaan merupakan program tanggungjawab sosial korporat Kejora 2021 dalam menyahut dan menyokong seruan kerajaan untuk membantu lebih ramai pihak yang memerlukan.

Tambahnya, setakat ini bagi tahun 2021, pihaknya telah melaksanakan 13 inisiatif program sumbangan dan bantuan vaksinisasi Covid-19 Wilayah Kejora dengan peruntukan RM889,150 termasuk Program Penyampaian Baucar Covid-19, Program Back To School, Program Sumbangan Bakul Makanan, Program outreach daftar vaksin Covid-19 dan Free Ride To Vac melibatkan 8,168 penerima manfaat .

“KEJORA terus komited dalam membantu membangunkan agenda modal insan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Johor Tenggara.

“Diharapkan kerjasama strategik antara agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pemimpin setempat dapat diteruskan untuk diperkasakan dalam menghapuskan wabak Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI