fbpx

KDNK PKS menyusut lebih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PMKS sentiasa diberi akses yang meluas untuk memperoleh dana bagi pelan pengembangan masa depan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mencatatkan ­penyusutan lebih tinggi sebanyak 7.3 peratus tahun lalu, berban­ding penurunan KDNK Malaysia pada -5.6 peratus dan KDNK Bukan PKS pada -4.6 peratus.

Ia berdasarkan statistik PKS Malaysia 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam, yang memperincikan sumbangan PKS kepada ekonomi dari segi KDNK, eksport dan guna tenaga.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, ini merupakan kali pertama KDNK PKS mencatat prestasi lebih rendah berbanding KDNK Malaysia dan KDNK Bukan PKS sejak tahun 2004.

“Sumbangan PKS terhadap KDNK turut mengecil kepada 38.2 peratus pada 2020, dengan nilai ditambah sebanyak RM512.8 bilion berbanding 38.9 peratus atau RM553.5 bilion pada tahun sebelumnya.

Gambar hiasan

“Eksport PKS juga mencatat­kan penurunan sebanyak 33.1 pe­ratus kepada RM117.8 bilion pada 2020 berbanding pertumbuhan 2.6 peratus pada tahun 2019.

“Bagaimanapun, eksport PKS bagi durian (termasuk durian segar, durian sejuk beku, ulas dan pes) mencatatkan peningkatan 34.6 peratus kepada RM570.8 juta berbanding RM424.1 juta pada 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Uzir, segmen ekonomi yang mudah terkesan terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana dilihat akan terus berhadapan dengan cabaran dalam waktu terdekat.

“PKS akan mengalami kesan lebih sukar dalam tempoh pemu­lihan terutamanya semasa pertengahan krisis kesihatan yang berpanjangan disebabkan oleh peningkatan kes Covid-19 serta sekatan sosial dan ekonomi yang telah dikenakan di seluruh negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI