fbpx

Impian Kendricks cabar Duplantis lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDRICKS terpaksa menarik diri pada saingan Olimpik kali ini ekoran dijangkitiwabak Covid-19. - AFP

JUARA dunia dua kali lompat galah, Sam Kendriks boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik Tokyo kali ini apabila dia didapati positif Covid-19 hari ini.

Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat (USOPC), mengesahkan perkara tersebut di akaun Twitter rasminya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Sam Kendricks positif Covid-19 dan tidak akan bertanding pada Sukan Olimpik Tokyo kali ini,” menurut kenyataan itu.

Kendricks merupakan pemenang emas dua kali berturut-turut pada Kejohanan Dunia tahun 2017 dan 2019 adalah pencabar utama kejuaraan bersama bersama pemegang rekod dunia dari Sweden, Armand Duplantis.

Menurut USOPC, atlet berusia 28 tahun itu yang juga pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016 kini menjalani proses pengasingan.

“Selaras dengan peraturan dan protokol setempat, Kendricks telah dipindahkan ke sebuah hotel bagi menjalani proses kuarantin dengan pemantauan Persatuan Trek dan Padang Amerika Syarikat (USATF) serta pegawai USOPC.

“Sam adalah atlet luar biasa dan pencapaiannya bersama pasukan Amerika Syarikat amat menakjubkan, sudah tentu kami merasai kehilangannya. Bagi menghormati privasinya, kami tidak boleh memberikan sebarang maklumat lanjut buat masa ini,” kata USOPC.

Sam Kendricks didapati positif Covid-19 dua hari sebelum acara itu yang dijangka berlangsung pada Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI