PETALING JAYA – Hospital Serdang menjadi hospital keempat di Selangor yang ditukar status menjadi hospital Covid-19 sepenuhnya.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan di laman Twitter berkata, semua perkhidmatan rawatan jantung di hospital ini akan disumberluarkan sepenuhnya.
“Tindakan tersebut bertujuan memberi ruang kepada rawatan kes Covid-19 terutamanya melibatkan kes kritikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE
Berita berkaitan: Semua hospital di Selangor rekod peningkatan kes Covid-19
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929