GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan peningkatan ketara dalam dua minggu terakhir Julai dengan 3.8 juta jangkitan baharu disahkan, lapor akhbar New York Post, kelmarin,
Menurut laporan WHO, setakat minggu lalu sahaja, jumlah kematian menunjukkan pertambahan 69,000 kes atau 21 peratus terutama di benua Amerika dan Asia Tenggara.
Sejak seminggu terakhir, jumlah kes positif baharu global meningkat lapan peratus berbanding minggu sebelumnya dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan mendadak di Amerika dan Wilayah Pasifik Barat.
Setakat ini, hanya benua Afrika yang kurang terjejas akibat gelombang baharu Covid-19 kerana belum ada varian Delta yang dikesan dalam kes-kes di sana. – Agensi