fbpx

Haaland serba-salah tawaran Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND berharap Chelsea membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya dengan harga £150 juta kerana menganggap terlalu tinggi untuk dirinya. – AFP

DORTMUND – Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland berharap Chelsea tidak akan meneruskan rancangan untuk mendapatkan khidmatnya dengan mengemukakan tawaran berjumlah £150 juta.

Chelsea menjadikan penye­rang Dortmund itu sasaran mereka kali apabila pengurus mereka, Thomas Tuchel dikatakan mahu mendapatkan penyerang yang beliau inginkan.

Bagaimanapun, untuk membawa Haaland ke Stamford Bridge, Chelsea memerlukan sekurang-kurangnya £150 juta untuk memujuk Dortmund melepaskan khidmat pemain itu.

“Saya tidak menghubungi ejen saya sejak sebulan lalu. Saya adalah manusia biasa, jumlah yang dinilai itu bagi saya sangat besar untuk seorang pemain. Saya harap ia tidak menjadi kenyataan,” kata Haaland.

Pada awal bulan lalu, Ketua Bahagian Pasukan Pertama Bola Sepak Dortmund, Sebastian Kehl mengakui bahawa kelab itu kekal dengan pendirian untuk tidak melepaskan khidmat Haaland pada musim panas kali ini.

“Saya banyak membaca mengenai perkembangan Haaland tetapi bagi kami tidak ada yang berubah.

“Kami sudah membuat keputusan yang muktamad mengenai Erling. Dia mahu bermain, dia masih rasa selesa untuk kekal bersama kami dan mahu terus menjaringkan gol untuk pasukan ini pada musim baharu nanti,” jelasnya.

Haaland yang memasuki usia 21 tahun minggu lalu memiliki klausa pelepasan bernilai antara £64 juta hingga £85 juta (RM375.89 juta hingga RM499.22 juta) untuk kontrak semasanya dan hanya akan aktif pada musim panas 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN