JOHOR BAHRU – Seorang warga emas yang gagal dihubungi membawa kepada penemuan kematiannya di dalam sebuah rumah di Jalan Timur 20, Taman Timur, Skudai di sini semalam.
Anak mangsa, Lim Ah Huat, 65, yang tinggal di Singapura telah cuba menghubungi mangsa berkali-kali namun gagal hingga dia terus meminta bantuan rakannya untuk melihat keadaan bapanya yang tinggal seorang diri.
Ketika rakannya sampai ke tempat kejadian, dia mendapati rumah dalam keadaan berkunci manakala panggilan tidak bersahut menyebabkannya menghubungi pihak bomba untuk membuka pintu berkenaan.
Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan mangsa terperangkap melalui talian terus ke balai pada pukul 5.39 petang.
Susulan panggilan diterima, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Skudai dengan kekuatan lapan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Inggai anak Bakau berkata, setibanya di rumah berkenaan mendapati pintu gril dalam keadaan berkunci.
Katanya, terdapat seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik yang berkunci.
“Tindakan operasi membuka pintu tersebut dengan menggunakan peralatan Paratech Tools untuk mengeluarkan mangsa tersebut, bagaimanapun mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” ujarnya -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929