fbpx

Bomba fokus 61 titik panas di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JBPM Pulau Pinang mengesan 61 titik panas yang berisiko kepada kebakaran. - Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang mengenal pasti sebanyak 61 kawasan titik panas di seluruh negeri ini yang berisiko mengalami kebakaran akibat cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini.

Lokasi titik panas berkenaan membabitkan sebanyak 10 tempat di daerah Timur Laut, Barat Daya (14), Seberang Perai Tengah (14), Seberang Perai Selatan (tujuh) dan Seberang Perai Utara (15).

Pengarah JBPM negeri, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya telah mempersiapkan kira-kira 850 keanggotaan di seluruh negeri bagi berdepan peningkatan kes kebakaran membabitkan 20 balai bomba.

“Kita mempunyai aset logistik iaitu 41 jentera tender air dan jentera tangki air bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Cabaran kita tertumpu di lokasi-lokasi tempat pembakaran haram seperti tempat longgokan sampah yang tidak dapat dikenal pasti terlebih dahulu kedudukannya,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI