fbpx

28 anggota sindiket penipuan online ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di salah sebuah unit kondominium di Jalan Stonor, dekat sini semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 28 individu termasuk empat warga China diberkas selepas disyaki terlibat dalam sindiket penipuan online di tiga unit kondominium di Jalan Stonor, di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, semua suspek yang berusia antara 17 hingga 53 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam operasi bermula pukul 4 petang.

“Siasatan mendapati suspek dibayar gaji RM2,000 sebulan dan siasatan lebih kepada kesalahan penipuan ‘money game’ selain jenayah perjudian.

“Suspek juga menyewa unit rumah di kondominium itu dengan bayaran RM10,000 sebulan.

“Polis turut merampas 35 telefon bimbit, lapan komputer riba, 15 set komputer, empat modem dan satu kad akses bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, menerusi serbuan pertama, seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan manakala tujuh lagi individu termasuk empat wanita ditahan dalam serbuan kedua.

“Dalam serbuan terakhir seramai 11 individu termasuk dua wanita ditahan. Siasatan lanjut mendapati empat daripada kesemua suspek yang ditahan merupakan warga China,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI