fbpx

Zii Jia perlu jinakkan Leverdez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA perlu menundukkan Leverdez untuk mengesahkan tempat di pusingan seterusnya. - AFP

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan menempah tiket ke pusingan kalah mati Sukan Olimpik Tokyo 2020 jika berjaya menewaskan Brice Leverdez dari Perancis di Musashino Forest Sports Plaza petang ini.

Berdasarkan ranking semasa, Zii Jia, No. 11 dunia, dijangka tidak berdepan masalah besar untuk merakam kemenangan ke atas lawan yang berada pada kedudukan ke-35 dunia.

Namun, Zii Jia sama sekali tidak boleh memandang rendah kemampuan Leverdez yang pernah mendapat sentuhan tunjuk ajar daripada bekas jaguh perseorangan lelaki Denmark, Peter Gade.

Leverdez juga pernah mencipta kejutan sensasi selepas mengejutkan legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland empat tahun lalu.

Sekiranya menang, Zii Jia berkemungkinan besar bakal berhadapan juara bertahan yang juga pemain ranking keenam dunia dari China, Chen Long di pusingan kalah mati esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI