fbpx

Tukar hos, deejay bukan hanya sebab Covid-19 tapi mahu budaya kerja baharu – MPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertukaran dan rombakan besar-besaran yang dilakukan MPB bertujuan mewujudkan budaya kerja baharu.

PETALING JAYA – Pertukaran beberapa pengacara program-program ikonik TV3 seperti Melodi, Muzik-Muzik dan Nona terpaksa dilakukan demi kelangsungan gergasi media itu disebabkan pandemik Covid-19.

Selain itu, perkara tersebut juga bertujuan memberikan nafas baharu terutama dari segi budaya kerja.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar Kanan, Program Penerbitan Dalaman, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Nor Shahila Harun Shah. Katanya, pertukaran mengejut yang berlaku tidak hanya tertumpu kepada tiga program terbabit semata-mata, sebaliknya membabitkan beberapa saluran di bawah pengurusan Media Prima Berhad (MPB).

“Perubahan ini membabitkan perancangan stesen televisyen yang turut dilaksanakan di beberapa platform lain termasuk radio dan digital.

“Melihat kepada pandemik Covid-19 yang memberi banyak cabaran, maka pihak pengurusan terpaksa melakukan beberapa rombakan sekali gus perubahan ini dapat kita saksikan,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, pertukaran bukan hanya melibatkan wajah depan kamera, bahkan mereka yang bekerja di belakang tabir.

“Pertukaran ini bukan saja membabitkan wajah di depan kamera, malah kakitangan belakang tabir turut diubah untuk memantapkan lagi kandungan sedia ada.

“Norma baharu yang perlu dilakukan bukan hanya kepada Covid-19 semata-mata, tapi perubahan cara budaya bekerja juga perlu dilaksanakan. Disebabkan itu, pertukaran ini perlu dibuat dalam waktu yang cepat,” katanya.

Terdahulu, tiga program utama TV3 bakal dihoskan selebriti terkenal tanah air iaitu Nabila Huda (Melodi), Amyra Rosli (Nona) dan Sissy Imann (Muzik-Muzik) bermula 1 Ogos ini.

Menurut Shahila, pemilihan ketiga-tiga selebriti itu dibuat selepas mengambil kira kredibiliti dan kemampuan mereka beraksi di kaca televisyen.

“Sebenarnya banyak pembaharuan yang ingin kami bawakan, tapi kekangan yang kami hadapi akibat penularan Covid-19 memberi banyak cabaran.

“Jadi apa kelainan yang mampu kami berikan adalah menampilkan muka-muka hebat. Malah nama-nama pengacara baharu yang diumumkan ini pun muncul pada saat-saat akhir,” katanya.

Melodi sebelum ini dihoskan Awal Ashaari dan Janna Nick, Nona (Mira Filzah) dan Muzik-Muzik (Alif Satar dan Daiyan Trisha).

Bukan hanya program di kaca televisyen, beberapa penyampai radio jenama bawah MPB, Hot FM turut mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar setia stesen radio berkenaan.

Antara yang sudah tidak lagi berada di konti Hot FM sama ada ditamatkan atau tidak menyambung kontrak termasuklah penyampai yang sinonim dengan jenama radio berkenaan seperti Fizie, Deen, Rea dan Mark Adam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI