ALOR SETAR – Seorang tenaga pengajar sebuah pusat pengajian agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu dalam urusan rasmi melibatkan pusat pengajian tersebut, enam tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Idrus Ahmad @ Ab Kadir, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Idrus didakwa dengan curang menggunakan satu dokumen iaitu Cabutan Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan Maahad Tahfiz Intan Sungai Petani kali ke-8 dalam urusan rasmi.
Dia didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Peguam Tetuan Badrul, Samad, Faik dan Co. di daerah Kuala Muda dekat sini pada 15 September 2015.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929