fbpx

Tempoh reman lima suspek disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang direman.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan tempoh sambung reman selama empat hari terhadap kontraktor yang menjadi dalang sindiket kartel projek bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di Selangor sejak tahun 2012.

Turut disambung reman bagi tempoh sama adalah pegawai daerah (DO) dan seorang juruukur bahan yang dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor terbabit.

Ketiga-tiga suspek itu terdahulu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini untuk mendapatkan perintah sambungan reman mulai esok hingga 1 Ogos depan.

Selain suspek tersebut, SPRM juga berjaya mendapatkan tempoh sambung reman selama dua hari terhadap bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran di Selangor kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.

Kedua-dua suspek berusia 47 tahun yang kini memegang jawatan DO itu akan disambung reman masing-masing mulai esok hingga 30 Julai.

Sebelum ini, kedua-dua suspek berkenaan bersama kontraktor terbabit direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 23 Julai hingga 28 Julai lalu.

Juruukur bahan dan DO itu pula terdahulu direman selama lima hari dari 24 Julai hingga 28 Julai selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan SPRM. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI