fbpx

Sydney ‘berkurung’ sebulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri berjalan di atas jambatan di Darling Harbour ketika matahari terbenam di Sydney,semalam. - AFP

SYDNEY – Jutaan penduduk bandar terbesar di Australia, Sydney terpaksa ‘berkurung’ di rumah kira-kira sebulan lagi apabila arahan sekatan Covid-19 dilanjutkan.

Perintah berkurung di Sydney sepatutnya pada 30 Julai ini selepas lima minggu tetapi sekatan itu dilanjutkan sehingga 28 Ogos disebabkan jumlah kes terus meningkat.

“Saya menghargai setiap usaha yang dilakukan penduduk bandar ini dengan kekal berada di rumah selama empat minggu ini tetapi lanjutan sekatan terpaksa diteruskan menandakan trend jangkitan menunjukkan peningkatan ketara,” Perdana Menteri Negeri South Wales, Gladys Berejiklian.

Pihak berkuasa kesihatan mengumumkan 177 kes baharu yang berkaitan dengan wabak Covid-19 di Sydney,  sejak pertengahan Jun ketika salah seorang kru penerbangan antarabangsa dijangkiti virus itu.

Berejiklian mengatakan polis akan meningkatkan kawalan bagi mengawasi proses pematuhan protokol kesihatan sambil meminta warga Sydney membuat laporan sekiranya ada yang melanggar peraturan.

“Kami benar-benar memerlukan semua penduduk untuk melakukan perkara yang betul setiap saat. Jangan kecewakan petugas barisan hadapan kita,” katanya.

Pengumuman itu dibuat ketika sebuah lagi bandar besar,  Melbourne di negeri Victoria mengumumkan pengakhiran perintah berkurung selepas dua bulan.

Gelombang kedua Covid-19 melanda Melbourne yang melibatkan penularan varian Delta pada penghujung Mei dan kini, Perdana Menteri Victoria, Dan Andrews mengumumkan bahawa negeri itu berjaya mengawal jangkitan tersebut dengan hanya 10 kes baharu dikesan, baru-baru ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI