fbpx

Rampas lebih 24 tan daging lembu Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging lembu dari Australia yang dirampas Maqis Selangor. GAMBAR HIASAN

KLANG – Kegagalan sebuah syarikat pembekalan makanan segera mengemukakan permit import bagi membawa masuk lebih 24 tan daging lembu sejuk membawa padah apabila dirampas di Pelabuhan Barat, kelmarin.

Rampasan daging dari Australia dilakukan pukul 5 petang hasil pemeriksaan rutin harian Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Maqis Selangor dalam kenyataannya hari ini berkata, bahan itu yang dibawa masuk menerusi sebuah kontena yang telah berada di pelabuhan berkenaan sejak 17 Jun lalu.

Katanya, daging-daging itu adalah untuk kegunaan sendiri dan dijual di pasaran tempatan.

“Ini merupakan kesalahan pertama dilakukan oleh syarikat tersebut. Nilai keseluruhan daging lembu sejuk beku berjumlah RM296,998.91,” katanya.

Maqis menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Kita sentiasa mengambil serius dalam isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan dan status halal,” tegasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI