PASIR GUDANG – Masyarakat yang berhasrat untuk menyumbang kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang beroperasi di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang di sini dialu-alukan untuk berbuat demikian.
Bilik Gerakan PKRC Pasir Gudang dalam satu kenyataan memberitahu, mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian boleh menghubungi talian 07-2567279 atau 07-2560149 untuk keterangan lanjut.
“Sehingga 27 Julai, PKRC Pasir Gudang telah menerima sebanyak 12,579 pesakit Covid-19 dalam kategori 1 dan 2.
“Jumlah pesakit yang dikuarantin ketika ini adalah seramai 952 orang terdiri daripada pesakit lelaki, wanita dan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan itu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929