fbpx

Perak kutip mata berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Perak FC, Nana Poku (kiri) mengawal bola dari pemain Kuala Lumpur City Fc, Irfan Zakaria (kanan) dalam perlawanan Liga Super 2021 di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Perak mengutip satu mata berharga apabila mengikat Kuala Lumpur City FC 0-0 di Stadium Perak, sebentar tadi

Keputusan itu sekali gus meletakkan pasukan The Bos Gaurus kembali pada landasan betul bagi menghadapi baki kempennya .

Berbanding ketika tumpas 0-5 kepada Terengganu, anak buah Chong Yee Fatt mempamer permainan bersemangat untuk nengecewakan anak buah Bojan Hodak yang turun berbekal semangat seri 1-1 dengan pasukan tetangga Selangor, Sabtu lalu.

Kuala Lumpur yang tampil dengan dua bekas pemain Perak, J Partiban dan Kenny Pallraj mengasak sebaik sepak mula.

Pasukan pelawat menguji pintu gol Perak seawal minit ke-3 tetapi Azri Ghani yang diturunkan buat pertama kali bertindak cemerlang menguis keluar percubaan jarak jauh penyerang lawan

Perak juga berpeluang melalui Mohd Izzuddin pada minit ke 10 tetapi gagal menemui sasaran manakala rembatan kencang Izuddin pada minit ke 22 diselamatkan penjaga gawang Kuala Lumpur, Kevin Ray Mendoza

Tuan rumah tampak lebih agresif pada pertengahan babak kedua dan Charlie Machell mempunyai dua peluang keemasan meletakkan Pasukan The Bos Gaurus di hadapan tetapi bola ditonjolnya tidak melepasi garisan gawang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI