fbpx

Peguam syarie boleh mohon CIMS untuk beroperasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

PUTRAJAYA – Peguam syarie di seluruh negara boleh mengemukakan permohonan bagi pengoperasian pejabat atau firma guaman syarie sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, permohonan itu boleh dibuat melalui sistem Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) – Covid-19 Intelligent Management System (CIMS).

Beliau berkata, permohonan tersebut akan diuruskan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi tujuan pertimbangan untuk kelulusan.

“Pengoperasian berkenaan bagaimanapun  tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 15 Julai 2021.

“Kelulusan permohonan juga tertakluk kepada negeri-negeri yang berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, permohonan boleh dibuat melalui Kluster Perundangan dan Kehakiman Syariah dan Sektor Guaman Syarie yang mempunyai empat subsektor.

Menurutnya, empat subsektor berkenaan adalah Khidmat Nasihat Profesional Guaman Syarie, Perkhidmatan Guaman Syariah, Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Peguam Syarie bagi tuntutan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat serta Perkhidmatan Perunding Keluarga Islam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI