PETALING JAYA – Penyanyi Nubhan tidak menyangka pergaduhan rakan karib yang juga teman duetnya Siti Nordiana dengan beberapa teman seperjuangan dalam industri seni akan sampai ke tahap saman menyaman.
“Kasihan rakan duet saya ini. Tak sangka isu kawan boleh membawa kepada tindakan saman menyaman. Gaduh sikit, terlepas cakap itu (perkara) biasa dalam persahabatan.
“Saya pun pernah gaduh dengan mereka, baik balik. Selepas itu gaduh sekejap, tiba-tiba bercuti bersama-sama. Macam itulah berulang-ulang sampai abang Jamil …,” katanya lagi.
Tambahnya, isu tidak membayar makanan antara mereka ketika keluar beramai-ramai adalah bahan gurauan yang sudah menjadi kebiasaan.
“Saya kalau keluar dengan mereka mesti sentiasa bergaduh apabila makan. Berebut masing-masing nak elak membayar.
“Bukan tiada duit, tapi sudah perangai macam itu. Layankan sahaja, tiada apa-apa yang serius sebenarnya,” akui penyanyi yang berduet dengan Siti Nordiana bagi lagu Sekali Lagi.
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keenam itu juga tidak menyalahkan mana-mana pihak. Katanya, semua orang terlibat dalam salah faham yang berlaku seharusnya saling bermaafan dan menyelesaikan perbalahan dengan cara baik.
“Berdamailah… kita pun tak tahu siapa betul atau salah. Semua orang dapat pengajaran apabila jadi sesuatu perkara. Pasti semua ada salah.
“Memang mulut longkang itu perkara biasa. Itu juga yang kita kawan, itu juga yang kita tengok bertahun-tahun. Cukup-cukup bergaduh.
“Saya bukan mahu sokong sesiapa. Cuma nak tengok kamu semua berdamai,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.
Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad, 30, berkata luahan itu adalah sebagai tanda simpatinya terhadap isu membabitkan penyanyi terbabit dengan semua kawan baiknya.
, dia tidak menyangka pergaduhan antara sahabat baik boleh membawa kepada tindakan perundangan.
Terdahulu, Siti Nordiana atau Nana, 37, mengajukan laporan polis dan meminta lima individu termasuk Lan Solo dan Syura Badron membuat permohonan maaf kepadanya jika tidak mahu disaman.
Semua itu susulan siaran langsung dalam Instagram (IG Live) membabitkan dua penyanyi berkenaan dengan isteri Lan, Nur Sheila Hassim serta jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dikatakan menfitnahnya Nana sebagai pembawa mulut sehingga menjejaskan periuk nasi Lan Syura. – K! ONLINE